JAKIM nafi telah tetapkan tarikh 1 Syawal

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan kenyataan dibuat pihak tertentu mengenai penetapan tarikh Aidilfitri bagi tahun 1444H / 2023M.

Kenyataan itu mendakwa penetapan tarikh tersebut dikeluarkan oleh JAKIM.

“Semua pihak dinasihatkan supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh Hari Raya di negara ini yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) selaku pihak diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja,” kata JAKIM di Facebooknya.

Poster dikongsi JAKIM bagi menafikan dakwaan penetapan tarikh Aidilfitri

Jabatan itu turut berkongsi tangkap layar tertera tulisan ‘tarikh-tarikh penting Islam’ yang antara lain menyatakan tarikh 1 Syawal jatuh pada 21 April 2023. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights