BINTANG Hollywood, Leonardo DiCaprio muncul di hadapan juri Washington semalam bagi memberi keterangan di Mahkamah Persekutuan dalam perbicaraan pengubahan wang haram bintang hip-hop, Pras Michel berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
Penglibatan DiCaprio dalam kes itu berpunca daripada wang di sebalik filemnya ‘The Wolf of Wall Street,’ yang sebahagiannya dibiayai Jho Low, lelaki yang didakwa mendalangi plot 1MDB, lapor portal Daily Mail.
Prakazrel ‘Pras’ Michel ialah ahli pengasas kumpulan 90-an The Fugees.
Dia dituduh menyalurkan wang daripada pembiaya Malaysia yang melarikan diri, Jho Low melalui penderma kepada kempen pemilihan semula bekas Presiden Barack Obama pada 2012.
Pendakwa raya mendakwa Michel cuba melobi secara haram kedua-dua pentadbiran Obama dan Trump dengan menggunakan dana diberikan kepadanya oleh Jho Low yang telah dicuri berjuta-juta daripada dana kekayaan Malaysia.
DiCaprio, saksi utama pendakwaan, memberitahu mahkamah bahawa Michel menghadiri pesta mewah yang diadakan oleh Jho Low – termasuk sambutan Ambang Tahun Baharu di Australia dan kemudian Las Vegas.
Di tengah-tengah kes itu ialah Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low. Pembiaya itu dituduh sebagai ‘mastermind’ sebalik skim pengubahan wang haram dan rasuah antarabangsa yang mencuri berbilion dolar daripada dana pelaburan Malaysia dikenali sebagai 1MDB.
Didakwa dari Jun hingga November 2012, Low mengarahkan lebih $21.6 juta daripada akaun asing ke akaun Michel untuk menyalurkan wang ke dalam tabung kempen Obama 2012.
Michel kemudian kononnya menggunakan wang itu untuk membayar 20 penderma untuk menyampaikan wang kepada kempen atas nama mereka dan menyembunyikan asal usulnya.
Semalam, DiCaprio, 48, memberi keterangan di Washington, DC bahawa dia bertemu dan menjadi kawan dengan Low pada majlis hari jadi di Las Vegas pada 2010.
“Saya difahamkan dia seorang ahli perniagaan besar dengan banyak hubungan berbeza di Abu Dhabi dan Malaysia,’ katanya.
Pemenang Oscar itu menjawab soalan dengan tenang dan berkata selain hubungannya dengan Low, dia mengenali Michel sekitar tahun 1990-an, ketika mereka bertemu di belakang pentas selepas konsert Fugees.
Suatu ketika dulu, masa dia masih Low diketahui mengadakan pesta mewah di seluruh dunia, sering menampilkan tetamu selebriti. Dia menerbangkan kumpulan dengan jet peribadinya ke acara seperti Piala Dunia.
Michel, menurut keterangan DiCaprio, hadir dalam beberapa perjalanan tersebut, salah satunya ke Australia untuk malam tahun baharu dan kemudian berlepas ke Las Vegas untuk menyambut tahun baharu kali kedua.
Low membina hubungan dengan DiCaprio melalui sumbangan amal kepada yayasannya dan akhirnya menawarkan untuk menyediakan pembiayaan utama untuk ‘The Wolf of Wall Street.’
Bintang filem itu memberi keterangan bahawa pembiayaan Low telah disemak dan dia ‘diberi lampu hijau oleh pasukan saya serta studio saya.’
“Dia seorang ahli perniagaan yang sah ingin melabur dalam filem itu,” katanya.
DiCaprio juga mengimbas perbualan di mana Low berkata dia berhasrat untuk memberi sumbangan besar kepada usaha pemilihan semula Obama.
“Ia adalah jumlah yang besar – sesuatu yang mencecah $20-$30 juta,’ katanya. ‘Saya berkata, wow itu banyak wang!’
Ia telah dicalonkan untuk lima Anugerah Akademi dan memberikan penghargaan istimewa kepada Jho Low. – Malaysiapost