Rauf serah senarai barisan Exco Melaka

SENARAI barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka telah pun dipersembahkan kepada Yang di-Pertua Tun Mohd Ali Mohd Rustam hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang memaklumkan majlis angkat sumpah Exco kerajaan negeri akan diadakan esok.

“Mengadakan perjumpaan bersama Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka di Pejabat TYT, Seri Negeri, petang ini.

“Turut mengiringi saya dalam perjumpaan ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput Datuk Rais Yasin, merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Melaka.

“Perjumpaan ini memberi peluang kepada saya mempersembahkan senarai nama yang dicadangkan bagi Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (Exco) yang bakal mengangkat sumpah jawatan di hadapan TYT Tun Mohd Ali, esok,” katanya di Facebook, hari ini.

Pada 31 Mac lalu, Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 dan telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Tun Mohd Ali.

Perubahan tampuk pentadbiran Kerajaan Melaka berlaku susulan peletakan jawatan Sulaiman sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 kerana masalah kesihatan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights