SEPULUH Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka termasuk seorang daripada Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri, di Dewan Seri Negeri, pagi tadi.
Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka itu diadakan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam, kira-kira jam 8.40 pagi.
Upacara lantikan barisan Exco dibuat selepas lima hari Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dilantik sebagai Ketua Menteri.
Pembentukan itu terdiri daripada sembilan Adun BN dengan dua muka baharu serta seorang Adun daripada DAP dalam membentuk Kerajaan Perpaduan di Melaka.
Wakil tunggal daripada PH ialah Adun Kesidang, Seah Shoo Shin yang dilantik sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.
Dua muka baharu daripada BN adalah Adun Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Adun Asahan, Fairul Nizam Roslan masing-masing dilantik Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan serta Sains Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital.
Tidak dilantik semula sebagai Exco iaitu Adun Serkam, Datuk Zaidi Attan yang sebelum ini memegang Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar dan Adun Rembia, Datuk Jailani Khamis yang memegang portfolio Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan.
Berikut senarai penuh Exco Melaka:
- Datuk Seri Ab Rauf Yusoh
Ketua Menteri merangkap Exco Perancang Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET - Datuk Rais Yasin
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana - Datuk Abdul Razak Abdul Rahman
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya - Dr Muhamad Akmal Saleh
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Fairuz Nizam Roslan
Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital - Datuk Kalsom Nordin
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti - VP Shanmugam
Exco Belia, Sukan dan NGO - Ngwe Hee Sem
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan - Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan - Seah Shoo Chin (DAP)
Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna - Datuk Rahmad Mariman
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama