Anwar ingatkan ahli, pemimpin PKR, kuasa adalah amanah, bukan keistimewaan

KEADILAN berpasak atas semangat islah yang kuat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena ulang tahun ke-24 PKR semalam.

Sehubungan itu, Perdana Menteri yang juga Presiden PKR mengingatkan ahli dan pimpinan parti tersebut bahawa kuasa adalah amanah dan bukan keistimewaan.

“Justeru, hak dan kebajikan rakyat mesti yang terutama dalam membentuk kebijakan.

“Tugas dan tanggungjawab yang digalas hari ini adalah amanah yang mesti kita pikul sebaiknya dengan matlamat membawa perubahan yang bermakna.

“Selamat ulang tahun KEADILAN yang ke-24 kepada seluruh anggota dan pimpinan KEADILAN,” tulis Anwar di Facebooknya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights