Belasah isteri dengan tukul besi hingga maut kerana cemburu

SEORANG isteri maut akibat dibelasah oleh suaminya dengan tukul besi disyaki akibat cemburu.

Kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun menyebabkan mangsa berusia 41 tahun, cedera parah di dahi dan muka.

Sebelum kejadian, mangsa baru pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah dan setibanya di rumah pasangan itu mula bergaduh.

Buletin TV3 yang memetik sumber melaporkan, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Difahamkan, selepas mangsa dibunuh, suspek keluar dari rumah dan pergi ke rumah datuknya tidak jauh dari lokasi sebelum memberitahu seorang kakaknya, dia telah membunuh isteri dengan tukul besi sambil menangis dan ketakutan.

Suspek kemudian pulang semula ke rumah sambil menangis melihat isterinya sudah tidak bernyawa terbaring di ruang tamu.

Suspek dilaporkan cuba membunuh diri kerana ketakutan dan dapat dipujuk ahli keluarga dan jiran.

Keluarga suspek kemudian menghubungi polis dan memujuk lelaki itu menyerah diri sebelum dibawa ke Balai Polis Bukit Besi.

Pasangan itu dikatakan baru mendirikan rumah tangga, tahun lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 6 bulan.

Mangsa adalah peniaga di kampung berkenaan dan mempunyai enam anak hasil perkahwinan sebelum ini. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights