Nama pelik-pelik follow TikTok Wan Saiful

AHLI Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan memaklumkan pengikut akaun TikTok miliknya bertambah dalam masa 24 jam, namun daripada akaun menggunakan nama yang pelik.

Berikutan itu, beliau yang juga bekas Ketua Penerangan Bersatu mempersoalkan sama ada ia adalah agenda pihak tertentu untuk membuat kacau di media sosial miliknya.

“Follower akaun TikTok saya naik dari 8,000 ke 11,500 dalam masa 24 jam. Nama akaun pelik-pelik.

“Dan hari ni komen-komen yang diterima dah mula menggunakan bahasa kesat. Sebelum ni tak ada sangat macam ni.

“Siapa lah agaknya di belakang cybertroopers ni?,” soalnya di hantaran Facebook, hari ini.

Semakan Malaysiapost di TikTok Wan Saiful Wan Jan mendapati beliau mempunyai 11,500 pengikut dan memperoleh 82,100 tanda suka. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights