Saranan laksana solat hajat doakan keselamatan rakyat Palestin

Saranan laksana solat hajat doakan keselamatan rakyat Palestin

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan agar masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat hajat selepas solat Isyak esok.

Pengarahnya Datuk Mohd Ajib Ismail, masjid dan surau Jumaat juga digesa melaksanakan bacaan Qunut Nazilah dan solat hajat selepas solat Jumaat pada 7 April ini.

“Susulan tragedi serangan dan kekasaran tentera Israel terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa, JAWI menggesa agar masjid, surau Jumaat dan surau seluruh Wilayah Persekutuan melaksanakan solat hajat lepas Isyak 6 April 2023 (Khamis) serta bacaan Qunut Nazilah dan solat hajat selepas solat Jumaat 7 April 2023.

“Ia bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurutnya, JAWI mengutuk sekeras-kerasnya serangan tidak bertanggungjawab dan kezaliman yang dilakukan lebih-lebih lagi dalam bukan Ramadan yang mulia.

“Sesungguhnya doa dan munajat yang dipanjatkan ke hadrat Allah SWT adalah lambang solidariti berpanjangan umat Islam untuk keamanan rakyat Palestin,” katanya. – Malaysiapost

Komen