Siti Nurhaliza terpaksa ‘mengaku’ Aliff Syukri penyanyi nombor satu

Siti Nurhaliza terpaksa ‘mengaku’ Aliff Syukri penyanyi nombor satu

PENYANYI terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat peminat terhibur apabila mengakui bahawa Datuk Seri Aliff Syukri adalah penyanyi nombor satu, dan berada di belakang usahawan sensasi itu.

Menerusi hantaran di Instagram, Siti atau lebih dikenali Tokti membalas komen yang dihantar oleh Aliff sama ada mengenalinya atau tidak.

“Cantiknya awak idola saya… awak kenal tak saya artis nombor satu ni,” soal Aliff.

“Mestilah kenal awak penyanyi no satu, saya kat belakang awak ye,” jawab Siti berseloroh.

Tangkap layar hantaran itu menjadi tular di media sosial, dan rata-rata peminat memuji Siti yang ‘sporting’ melayan Aliff yang sememangnya terkenal dengan perangai ‘gila-gila’.

“Terbaik Datuk CT sebab prihatin layan kanak-kanak Ribena ni. Sangat humble, saya suka,” kata Uwais.

“Aku baca parti Tokti jawab tu macam terbayang suara dia yang merdu memerli dalam gaya lembut,” kata Linda.

Aliff sebelum ini sekali lagi mengundang rasa kurang senang netizen di bulan Ramadan dengan memuat naik klip video lagu raya berjudul Cak Kun Cak Raya.

Dalam klip video itu, Aliff kelihatan menari dan diiringi sekumpulan penari dengan memakai set baju Melayu ketat lengkap bersamping serta songkok.

Bagaimanapun, menerusi video di muat naik di Instagram, Aliff mempersoal mengapa lagu raya Cak Kun Cak Raya mendapat kecaman netizen.

“Saya tak tak apa salah saya sehinggakan lagu raya saya korang kecam. Apa kurangnya saya? tolong rakyat Malaysia buka mata dengar suara saya betul-betul, buka telinga,” katanya.

Bagaimanapun, netizen seakan-akan sudah lali dengan gimik yang dilakukan usahawan itu, dan berpendapat Aliff muncul dengan lagu raya semata-mata untuk meraih perhatian. – Malaysiapost

Komen