PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, meluangkan masa menziarah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, di Hospital Putrajaya, hari ini.
Anwar turut mendoakan agar Tuanku Raja Perlis dikurniakan aafiyah selepas selesai menjalani pembedahan kaki dan buku lali sebelah kanan di hospital berkenaan pada 1 April lalu.

“Tengah hari tadi saya menziarahi Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang baru usai menjalani pembedahan di Hospital Putrajaya.
“Mendoakan Tuanku Raja Perlis dikurniakan aafiyah, insha-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Turut mengiringi Perdana Menteri adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Terdahulu Istana Arau dalam satu kenyataan baru-baru ini, memaklumkan Tuanku Syed Sirajuddin berada dalam keadaan stabil dan pembedahan berjaya dijalankan tanpa sebarang masalah. – Malaysiapost