Iftar Rahmah Ramadan santuni asnaf, golongan B40
JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menganjurkan Iftar Rahmah Ramadan 1444H untuk membantu masyarakat yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, lokasi program berpusat di 70 masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Beliau berkata, program yang berlangsung sepanjang Ramadan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM4 juta dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
“Setiap hari keseluruhan 21,000 pek makanan (disediakan) dan sepanjang sebulan ini, sebanyak 630,000 pek makanan berbuka puasa disediakan secara percuma.

“Inilah usaha agensi Islam untuk menyantuni para asnaf, golongan B40 dan mereka yang memerlukan,” katanya menerusi Facebook.
Beliau turut menyeru agensi Islam terus agresif membantu masyarakat khususnya dalam bulan Ramadan ini.
“Alhamdulillah melalui program ini, Masjid dan Surau terus diimarahkan fungsinya dalam masyarakat,” katanya. – Malaysiapost