PEMUDA Umno sekeras-kerasnya mengutuk tindakan kejam polis rejim Israel yang merempuh masuk ke masjid Al Aqsa dan memukul umat Islam tanpa berhati perut.
Ketuanya, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata umat Islam diperlakukan seperti binatang tatkala sedang melakukan ibadat.
Sehubungan itu katanya, Pemuda Umno memohon agar kerajaan segera untuk menghantar bantahan kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Katanya, ia bagi menggesa agar negara-negara yang mempunyai hubungan dengan Israel untuk mengkritik dan menghentikan apa jua hubungan dengan negara tersebut.
“Sebagai bantahan dan protes terhadap keganasan pihak Israel terhadap Palestin, sama-sama kita menaikkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti bersama mereka.
“Dunia tidak boleh berdiam diri, ia termasuklah kita setiap warga Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Malaysiapost