Syamsul Yusof reda, enggan lukakan hati Puteri Sarah lagi

PENGARAH Syamsul Yusof memaklumkan masih menunggu keputusan sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) dengan Puteri Sarah pada Isnin depan, dan reda dengan apa sahaja yang berlaku.

“InsyaAllah, saya cuba reda dengan apa sahaja, mudah-mudahan begitu juga dengan Puteri Sarah.

“Saya pun tidak mahu mengeluarkan kenyataan melukakan hati Puteri Sarah lagi. Harap boleh selesai dengan baik,” katanya.

Mengulas mengenai kisah kemelut rumah tangga rakan-rakan artis turut sama mendapat liputan, Syamsul meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.

Katanya, masalah rumah tangga adalah kisah peribadi dan seboleh-bolehnya tidak perlu menjadi tontonan umum.

“Doakan yang terbaik bukan untuk saya sahaja, tetapi rakan-rakan artis lain sebab kita nampak ia jadi ‘trend’.

“Ini bukan perkara main-main. Ini mengenai kehidupan peribadi dan tidak nampak indah yang disangka. Inilah realiti.

“Doakanlah kami semua. Itulah hakikat sebenar,” katanya.

Mahkamah Rendah Syariah di Gombak hari ini menetapkan tarikh baharu pada 8 Mei bagi sebutan kes tuntutan nusyuz difailkan oleh pengarah sensasi, Syamsul terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah.

Sebelum ini, Syamsul ketika memfailkan tuntutan nusyuz mendakwa, terdapat beberapa alasan tuntutan nusyuz dibuat ke atas Puteri Sarah. Antaranya, masih berhubung dengan bekas kekasih yang kini berstatus suami orang.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights