Asyraf, Afifa harumkan nama Malaysia dalam hafazan al-Quran

Asyraf, Afifa harumkan nama Malaysia dalam hafazan al-Quran

DUA peserta hafazan mengharumkan nama negara apabila meraih kejayaan dalam pertandingan Musabaqah Menghafaz al-Quran di Brunei Darussalam.

Muhammad Asyraf Amir muncul johan dalam kategori hafazan 10 juzuk manakala Afifa Syakirah Mohd Radzi meraih tempat ketiga dalam kategori hafazan semua juzuk.

Berita gembira itu dikongsi di Facebook Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) yang memaklumkan, kejayaan mereka berdua membuktikan Malaysia adalah sebuah negara yang sentiasa memartabatkan al-Quran dalam kehidupan ummah selaras dengan aspirasi Negara Madani.

“Muhammad Asyraf membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai bernilai 4,000 Brunei Dollar beserta piala dan hadiah iringan.

“Beliau yang merupakan pelajar SMA Maahad Muar berhasrat untuk melanjutkan pengajiannya ke Darul Quran JAKIM selepas tingkatan 5.

“Afifa membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai bernilai 4,000 Brunei Dollar beserta piala dan hadiah iringan.

“Beliau yang merupakan Mahasiswi Tahun 3 Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya telah memilih Bahasa Arab sebagai bidang pengajiannya,” katanya.

Pertandingan musabaqah hafazan Al Quran itu berlangsung Rabu lalu dan berakhir hari ini. – Malaysiapost

Kredit foto: Jakim

Komen