Masih perlu bayar ansuran bulanan – KWSP

WALAUPUN fasiliti sokongan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjamin kadar faedah rendah, pencarum perlu memahami risiko pinjaman peribadi, seperti tawaran bank sedia ada.

Orang ramai yang ingin meminjam perlu memastikan dapat membayar ansuran setiap bulan dalam tempoh yang ditetapkan, sehingga 10 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah berkata fasiliti ini memudahkan pencarum kerana proses dilaksana secara dalam talian sepenuhnya.

“Pertama, pencarum perlu menyemak kelayakan menerusi laman sesawang KWSP.

“Ini termasuk pencarum perlu mempunyai kadar minimum RM3,000 dalam akaun dua, dan boleh memohon sehingga RM50,000.

“Kedua, pencarum perlu bermohon di laman bank pilihan dan proses permohonan akan ditadbir sepenuhnya oleh pihak bank,” katanya dipetik Buletin TV3, hari ini.

Amir Hamzah berkata, tempoh kelulusan adalah berdasarkan data pencarum yang menyokong kemampuan membuat bayaran balik.

Awal minggu ini, KWSP menerusi kenyataan hari ini memaklumkan dua bank menyediakan kemudahan pinjaman itu iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank.

Pencarum KWSP berusia 40 hingga 50 tahun dengan tabungan minimum RM3,000 dalam Akuan 2, layak membuat pinjaman bank mulai 7 April ini

Ia ditawarkan dengan kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) antara empat hingga lima peratus, lebih rendah berbanding kadar pasaran semasa iaitu lapan hingga 15 peratus. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights