Waris mangsa mahu peniaga ikan buntal diheret ke mahkamah

KELUARGA pasangan warga emas yang maut selepas makan ikan buntal mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas termasuk mendakwa peniaga dan pembekal ikan beracun itu di mahkamah.

Anak pasangan itu, Ng Ai Lee, 51, berkata, tindakan itu perlu bagi memastikan tragedi berkenaan tidak berulang di masa akan datang selain perlu dijadikan iktibar.

“Saya berharap kerajaan mengambil tindakan terhadap penjual dan pembekal ikan buntal yang tidak terkawal supaya tidak ada mangsa lain yang terkorban.

“Semoga tragedi ini dapat mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika memilih makanan terutama jika ia mempunyai risiko yang telah diketahui.

“Bagi keluarga kami, kita harapkan tindakan (hadap ke) mahkamah dikenakan terutama penjual itu yang merisikokan nyawa orang lain demi kepentingan sendiri,” katanya.

Dia juga berharap tragedi itu mendapat perhatian Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar, dalam membela nasib ibu bapanya yang menjadi mangsa sikap penjual ikan yang tidak bertanggungjawab. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights