20 penumpang berdepan detik cemas bas ekspres terbakar

SERAMAI 20 penumpang dan seorang pemandu sebuah bas ekspres nyaris maut apabila bas yang dinaiki terbakar di Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur, malam tadi. 

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Fadil Hesam Mohamed berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 10.23 malam.

“Seramai 17 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Sri Hartamas bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Fadil Hesam menjelaskan, pihaknya mendapati api marak membakar bas ekspres dua tingkat itu sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian. 

“Bas itu dalam perjalanan dari KL Sentral menghala ke Jalan Jalan Tuanku Abdul Halim. Seramai 20 orang penumpang dan pemandu bas itu selamat.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 11.47 malam dan padam sepenuhnya jam 12.09 tengah malam. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights