Kilang Sambal Nyet Khairul Aming ditutup kerana pekerjanya

AKHIRNYA pempengaruh Khairul Aming terpaksa menutup kedua-dua kilang Sambal Nyet gara-gara melayan ‘kerenah’ pekerjanya.

Namun, jangan salah sangka, tindakan itu bukan kerana selebriti media sosial itu menghadapi masalah disiplin dengan pekerja, sebaliknya untuk meluangkan masa bagi memberikan bonus raya kepada mereka. 

Detik ‘kebahagiaan’ Khairul Aming bersama 60 pekerjanya telah dikongsi menerusi laman TikTok beliau yang mengakui kedua-dua kilang Sambal Nyet itu ditutup kelmarin untuk meraikan pekerjanya termasuk membawa mereka membeli belah pakaian raya. 

Jelasnya, membawa pekerja ‘shopping raya’ telah menjadi rutin tahunan syarikatnya. 

“Semalam kita tutup kedua-dua kilang sambal untuk meraikan staff. Kita bawa semua pergi shopping baju raya, berbuka puasa kat hotel dan bagi bonus untuk raya. InshaAllah lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak hehe,” katanya. 

Hantaran itu ternyata mengundang perasaan teruja para pengikut Khairul Aming, malah ada yang bergurau sanggup berhenti kerja yang ada sekarang untuk menjadi pekerja Khairul Aming. 

Rata-rata netizen meninggalkan komen yang menyifatkan Khairul Aming sebagai seorang bos yang prihatin dan pemurah kepada pekerjanya. 

“Kalau bos baik hati, semua pekerja akan bekerja dengan ceria dan bersungguh. Aku nak berhenti kerja, Khairul Aming ambil aku bekerja dengan kau. 

“Macam ini lah bos, tak lupa jasa dan keringat pekerjanya dengan berkongsi sedikit keuntungan dengan staf. 

“Tak akan miskin bos itu kerana menjadi pemurah kepada staf yang telah banyak membantu syarikat,” kata netizen. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights