Malaysia perlu terlibat patrol maritim Laut China Selatan

Aiman Hanif

LALUAN maritim seperti Laut China Selatan merupakan laulan perairan dan pedagangan terpenting di dunia.

Menurut Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB (UNCTAD), Laut China selatan menjadi transit kepada 21 peratus perdagangan dunia berjumlah 3.37 trillion dolar.

Atas dasar ini lah, China tidak pernah penat untuk meneroka dan menjajah Laut China Selatan walaupun sudah terang Laut China Selatan ini tidak termasuk di dalam pengairan mereka berdasarkan UNCLOS.

Namun, mereka bukan saja meneroka dan menjajah, China sudah membina pulau-pulau baharu di Kepulauan Spratly yang dijadikan pangkalan tentera lengkap dengan pelbagai kapal perang.

Tidak cukup dengan itu, mereka mula menganggu aktiviti ekonomi rakyat tempatan di perairan tersebut. Nelayan-nelayan Malaysia seringkali diugut dan dihalau daripada lautan tersebut.

Mereka juga sering menganggu kerja kerja penggalian minyak di kawasan Laut China Selatan.

Tetapi, di saat kedaulatan negara sudah dicabuli dan dicabar, kenteraman awam mula diganggu dan diporak peranda, perairan kita diceroboh dan dikacau, Malaysia masih lagi berlemah lembut dan tidak berani untuk mengambil jalan yang lebih agresif.

Negara-negara ASEAN yang terkesan dengan pencerobohan China sudah mula mengambil langkah-langkah lebih radikal dan berani. Contohnya, Filipina sudah lama bersedia untuk menghantar kapal ketenteraan di Laut China Selatan.

Selain itu, Filipina juga sudah melakukan perjanjian persefahaman dengan Amerika Syarikat (AS) untuk sama-sama meronda di Laut China Selatan demi mahu mengelakkan China daripada terus melakukan kegiatan menganggu keselamatan dan keamanan di lautan itu.

Vietnam juga sudah melakukan kerjasama bersama Indonesia di bawah Zon Ekonomi Eklusif Vietnam-Indonesia selama 12 tahun untuk memastikan Laut China Selatan selamat untuk dijadikan kawasan aktiviti ekonomi.

Ini berikutan China sudah mula menganggu kawasan penggalian di kepulauan Natuna.

Kita lihat negara negara sekitar kita sudah terkehadapan dan berani untuk menentang China kerana kedaulatan sesebuah negara bukan lah sesuatu yang boleh dirunding atau dibincang.

Apa beza penjajahan maritim dengan penjajahan tanah air kita? Kedua-duanya masih mencabuli kedaulatan dan keharmonian sesebuah negara.

Malah kerana kita berdiam
lah, kita seolah-olah memberi “lesen” kepada China untuk terus menjajah Lautan China Selatan.

Lambat laun kalau masih lagi dibiarkan, China akan mula menganggu ruang udara dan tanah air kita. Sebenarnya China sudah mula pun ganggu ruang udara kita dengan melakukan pintasan udara secara haram oleh 16 jet pejuang.

Sebab itu Malaysia tidak lagi boleh berdiam diri memekak telinga dan membutakan mata, kita sudah perlu untuk sertai patrol maritim Laut China Selatan.

Malah, kita boleh memgambil satu langkah kehadapan dengan mengajak Filipina, Vietnam, Indonesia untuk sama sama membentuk satu patrol maritim bersama-sama menyekat jajahan China.

Gabungan ketenteraan Maritim ASEAN berserta sokongan ketenteraan AS setidak- tidaknya akan meminimumkan konflik dan menyekatkan China daripada terus memperluaskan kawasan jajahan mereka.

Malah lebih penting, penduduk setempat dan syarikat syarikat bebas dan akan rasa selamat untuk melakukan aktiviti ekonomi mereka seperti biasa tanpa perlu rasa takut dengan gangguan China.

Konklusinya, kita sudah terlalu lama berlembut, setiap pencerobohan kita hanya memberi respons balas dengan rundingan dan diplomasi.

Mungkin kini sudah tiba kita mengunakan jalan yang lebih keras dan kita mulakan dengan patrol maritim di Laut China Selatan. Jangan nanti sudah terhantuk baru nak tengadah, waktu itu kita sudah terlambat.

Artikel ini disiarkan tanpa suntingan dan ia merupakan pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights