PRN: Penggunaan logo PN sama seperti PRU-15

PRN: Penggunaan logo PN sama seperti PRU-15

PERIKATAN Nasional (PN) akan menggunakan kaedah sama sebagaimana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berhubung penggunaan logo bagi berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bagi Kelantan dan Terengganu akan menggunakan logo Pas, manakala negeri lain akan menggunakan logo PN.

“Untuk pertemuan hari ini (semalam) kita bincang soal politik dan persiapan bagi berdepan PRN dan Alhamdulillah nampaklah Kelantan hampir sudah sedia berdepan PRN.

“Menerusi perbincangan itu, isu logo kita mungkin menggunakan kaedah sama sebagaimana PRU-15.

“Selain isu logo, isu pembahagian kerusi juga sedang dilakukan namun belum dimuktamadkan lagi, selain isu calon juga masih di peringkat perbincangan,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat dengan pimpinan PN Kelantan di Pasir Puteh, semalam yang turut dihadiri, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Ditanya sama ada pembahagian kerusi akan menggunakan konsep sama pada PRU-15, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, perkara itu dalam proses untuk dimuktamadkan.

“Soal manifesto turut dibincangkan pada mesyuarat berkenaan,” katanya. – Malaysiapost

Komen