Wang ihsan: Petronas kena jelaskan, bukannya ahli politik

PETRONAS digesa memberikan penjelasan mengenai wang ihsan yang melibatkan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, isu royalti ini perlu dijawab sendiri oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu dan tidak boleh diwakili oleh mana-mana menteri atau ahli politik.

“Jadi sekarang ini saya nak tanya Petronas, Petronas kena jawab semata-mata kerana kerajaan memilih Petronas tidak bererti ahli politik kena jawab, Petronas lah kena jawab.

“Betul ke perjanjian ketika 1974 itu Kelantan dan Terengganu berhak mendapat bayaran tunai untuk minyak yang didapati ‘offshore’ di luar persisiran pantai Kelantan dan Terengganu?

“Adakah perjanjian itu menyebut tentang ‘teritorrial mortage’, jadi Petronas harus jawab persoalan ini,” katanya dalam hantaran video di Facebook. 

Zaid menegaskan, perjanjian 1974 itu jelas menunjukkan sekiranya minyak dan gas didapati ‘offshore’ yang bermaksud dalam konteks galian itu tidak kira berapa jarak batu yang digali.

“Dulu beria-ia ahli politik nak bayar royalti minyak, tetapi bila mereka jadi kerajaan. Mereka kata ihsan. 

“Saya tanya Petronas jawablah wang ihsan itu apa. Apakah Melaka, Negeri Sembilan dapat wang ihsan ini. Tak adakan,” katanya. 

Zaid juga menyifatkan wang ihsan yang disalurkan merupakan ‘trick payment’ kerana pihak kerajaan tidak mahu membayar jumlah penuh royalti maka dipanggil wang ihsan yang bermakna terpulang mahu beri berapa banyak. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights