20 April tarikh lihat anak bulan Syawal

PEJABAT Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Khamis, 20 April bersamaan 29 Ramadan 1444 Hijrah.

Perkara itu dimaklumkan bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Raja-raja Melayu.

Memetik laporan Bernama sebanyak 29 lokasi terpilih di seluruh negara bagi melihat anak bulan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa melalui radio dan televisyen. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights