Perpaduan dengan PH kukuh pentadbiran, kestabilan di Melaka

Perpaduan dengan PH kukuh pentadbiran, kestabilan di Melaka

KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berharap perpaduan yang terjalin dengan Pakatan Harapan (PH) negeri itu akan terus diperkukuhkan.

Beliau berkata, ia bagi memastikan kerajaan negeri terus stabil, seterusnya membawa lebih kemakmuran kepada rakyat Melaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara itu terdahulu menerima kunjungan Pengerusi PH Melaka yang juga Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari petang semalam.

“Banyak perkara yang saya kongsikan khususnya pembentukan Kerajaan Perpaduan di Melaka yang mengambil kira penyertaan rakan-rakan Exco dan Timbalan Exco dalam Pakatan Harapan.

“Semoga perpaduan yang terjalin ini dapat memperkukuh kestabilan, seterusnya membawa lebih kemakmuran buat rakyat di Melaka,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Baru-baru ini, Adly dilaporkan berkata PH Melaka menyokong penubuhan Kerajaan Perpaduan di negeri itu dan berusaha untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) negeri bagi mewujudkan kestabilan politik.

“Ia demi memastikan kestabilan politik negeri dapat diwujudkan dan seterusnya kemakmuran ekonomi negeri dapat dipertingkatkan,” katanya. – Malaysiapost

Komen