Awas taktik ‘e-Perompak’

TULAR satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki yang menggunakan taktik ‘e-Perompak’ untuk mencuri wang derma masjid dengan menampal kod QR miliknya di tabung-tabung masjid berkenaan.

Dalam video berdurasi 45 saat itu, lelaki terbabit dilihat menampal kod QR berkenaan di tabung-tabung yang diletakkan di sebuah masjid yang tidak dapat dipastikan lokasinya.

Bagaimanapun berdasarkan suara individu dalam video yang bertarikh 6 April itu, kejadian dipercayai berlaku di negara jiran.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen dan kemudian dikongsikan untuk memberi peringatan kepada orang ramai mengenai taktik terbaru jenayah itu.

“Sekarang banyak surau dan masjid menampal kod QR untuk jemaah dan orang ramai infak dan wakaf. Namun malangnya telah tular kod QR disalahguna oleh e-perompak yang menggantikan kod QR surau dan masjid dengan kod QRnya sendiri.

“Jawatankuasa surau dan masjid pantaulah semua kod QR supaya infak dan wakaf jemaah dan orang ramai tak masuk ke dalam akaun e-perompak,” kongsi seorang pengguna Facebook. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights