Kerajaan tak benar pengeluaran KWSP demi masa depan rakyat

KERAJAAN tidak akan membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana bertanggungjawab terhadap masa depan rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, data KWSP menunjukkan median caruman baki yang tinggal terutama bagi Bumiputera dan Melayu hanya sekitar RM,3,302 dan RM 5,529.

“Data penting untuk makluman semua. Median baki tinggal rm3302 dan rm5529.

“Jika ingin popular, lulus keluarkan semua. Namun ini Kerajaan Perpaduan yang bertanggungjawab untuk masa depan rakyat,” katanya dalam ciapan Twitter, hari ini.

Menerusi ciapan yang sama, Ahmad memuat data baki median pencarum bawah umur 55 tahun sebelum dan selepas kebenaran pengeluaran KWSP berkaitan Covid-19.

Data baki median pencarum bawah umur 55 tahun sebelum dan selepas kebenaran pengeluaran KWSP berkaitan Covid-19.

Mengikut data itu, pada April 2020 median simpanan pencarum Melayu adalah RM16,938.

Selepas kebenaran pengeluaran baki yang tinggal pada Disember 2022 adalah RM5,529 iaitu penurunan sebanyak RM11,409.

Sementara, Bumiputera sebelum April 2020 adalah median caruman adalah sebanyak RM15,541 merosot kepada RM4,937 iaitu turun RM10,604.

Sementara itu, Ahmad Maslan mengulangi pendirian kerajaan untuk mencari kaedah lain bagi membantu rakyat.

“Empat kali sudah dibenar, jumlah RM145 bilion. Maaf. Maka carilah kaedah lain,” katanya.

Pada 20 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pengeluaran caruman KWSP akan memberi kesan kepada dana pelaburan negara.

Beliau berkata, kerajaan perlu mencari jalan lain bagi meringankan beban rakyat dalam usaha memastikan dana pelaburan negara itu tidak terjejas.

Pada 9 Mac lalu, Anwar mengumumkan persetujuan kerajaan berhubung kaedah yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang ‘terdesak’ untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights