Harga petrol, diesel kekal hingga 19 April

HARGA runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 13 hingga 19 April.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada hari ini memaklumkan harga RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights