Imej Islamik PAS, PN sudah hancur – Sany

IMEJ ulama, tok guru dan lebai yang menjadi pegangan PAS dan Perikatan Nasional (PN) tercemar berikutan gelagat dan ucapan pemimpinnya yang penuh pembohongan, fitnah serta adu domba terhadap Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan.

Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan, berkata rakyat perlu menolak imej Islamik PAS dan PN yang gemar memainkan sentimen perkauman selain menabur fitnah kepada PH dan kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

“Pemerintahan PH di Selangor memberi banyak manfaat kepada rakyat dengan lebih 40 program kebajikan dan kesejahteraan rakyat, tetapi mereka masih lagi cuba menabur fitnah dengan pelbagai tohmahan

“Di Pulau Pinang juga terbukti pelbagai insentif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri telah memberi banyak manfaat kepada bayi yang baru lahir sehinggalah kepada pelbagai program peduli insan, namun begitu pembohongan tetap menjadi amalan mereka sehingga kini.

“PAS dan PN sepatutnya membawa politik matang, politik yang ada integriti dan bukannya politik fitnah seperti dakwaan serta tohmahan Melayu terancam termasuklah di Pulau Pinang,” katanya dipetik Harapandaily.

Pengarah Biro Mobilisasi Amanah itu berucap semasa program Iftar di Permatang Pasir, Permatang Pauh semalam.

Tegas Sany, PAS dan PN sepatutnya belajar menjadi pembangkang yang mempunyai kualiti dan nyahkan amalan politik kebencian, politik perkauman dan juga agama.

Ini kerana katanya, selepas menjadi pemerintah selama 33 bulan, terbukti Pas lebih berkesan sebagai pembangkang dari menjadi kerajaan.

“Oleh itu, rakyat perlu sama-sama bangkit mengalahkan Pas dan Perikatan Nasional (PN) tanpa diberi ruang untuk memerintah lagi dalam pilihan raya di enam buah negeri nanti,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights