LAPORAN kononnya disiarkan sebuah portal berita bertajuk ’15 Ahli Parlimen BN sedia hilang kerusi – Sumber Dalaman’ bertarikh 12 April 2023 disahkan palsu.
Sinar Harian menerusi kemas kini di Facebooknya menegaskan akhbar itu tidak pernah mengeluarkan berita tersebut.
“Sinar Harian TIDAK PERNAH mengeluarkan berita bertajuk ’15 Ahli Parlimen BN sedia hilang kerusi – Sumber Dalaman’ bertarikh 12 April 2023,” tulis akhbar itu.
Terdahulu tular di media sosial tangkap layar tajuk berita dengan logo Sinar Harian kononnya 12 Ahli Parlimen BN sedia meletakkan jawatan.
Laporan tersebut kononnya 12 Ahli Parlimen BN sedia meletakkan jawatan untuk membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. – Malaysiapost