Rauf ke Turkiye, teroka potensi pelaburan untuk Melaka

Rauf ke Turkiye, teroka potensi pelaburan untuk Melaka

KETUA Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kini dalam lawatan rasmi ke Istanbul, Turkiye bagi meneroka potensi pelaburan buat Melaka.

Menurut Abd Rauf, beliau semalam mengadakan kunjunganke Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul bagi membincangkan potensi pelaburan yang boleh diketengahkan di Melaka.

Kehadirannya disambut Konsul Jeneral di Istanbu, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir serta pegawai kedutaan.

“Saya juga berkesempatan memberi taklimat ringkas mengenai peluang pelaburan yang berpotensi untuk diteroka di Melaka.

“Semoga lawatan kerja rasmi ini mampu membawa manfaat kepada rakyat dan Negeri Melaka secara keseluruhan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Turut mengiringi lawatan beliau ialah pegawai kerajaan negeri Melaka. – Malaysiapost

Komen