Mayat wanita ditemui dalam bagasi di perhentian bas terbiar

MAYAT seorang wanita dipercayai dipercayai dibunuh ditemui sudah mereput dalam sebuah bagasi yang ditinggalkan di dalam kiosk perhentian bas Majlis Perbandaran Kulai (MPKU) yang di kulai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow, berkata polis menerima maklumat mengenai penemuan itu pada jam 1.50 tengah hari semalam daripada seorang lelaki.

Menurutnya, pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati rangka manusia dalam bagasi berkenaan sukar untuk ditentukan jantina, umur dan tempoh kematiannya kerana keadaan mayat yang telah mereput lebih 50 peratus serta telah dimakan ulat.

“Rangka mayat itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru bagi proses bedah siasat.

“Hari ini kira-kira jam 2.30 petang, pakar patologi Hospital Sultanah Aminah telah jalankan bedah siasat dan hasilnya mendapati jantina mayat adalah wanita berusia anggaran 25 tahun ke atas.

“Terdapat kecederaan dibawah kulit bahagian kepala. Punca sebenar kematian masih menunggu siasatan makmal yang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beng Yeow berkata, kes berkenaan diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

“Pihak polis mohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai bagi membantu siasatan.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Sivachandran di talian 016-2850204,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights