Program dakwah, penguatkuasaan ditingkat tangani LGBT – Jakim

JABATAN Agama Islam Malaysia (Jakim) bersetuju supaya aspek pendidikan pencegahan dan advokasi diperkasakan dalam usaha menangani Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) melibatkan umat Islam di negara ini.

Pada masa sama, program dakwah dan bimbingan, penguatkuasaan serta penyelidikan berkenaan isu LGBT perlu terus dipertingkatkan.

Perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Berkenaan Isu LGBT Yang Beragama Islam Di Malaysia, diurusetiakan oleh Bahagian Keluarga Sosial & Komuniti, Jakim di Putrajaya hari ini.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Jakim memaklumkan mesyuarat itu dipengerusikan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Ruslan Said dan dihadiri 20 agensi.

“Mesyuarat bersetuju supaya aspek pendidikan pencegahan dan advokasi, dakwah dan bimbingan, penguatkuasaan dan penyelidikan berkenaan isu LGBT diperkasa demi kemaslahatan umat Islam di negara ini,” tulis hantaran itu. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights