PENDAKWAH bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau PU Syed dipanggil memberi keterangan kepada polis hari ini.
Perkara itu dimaklumkan beliau menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.
“Hari ini ambe (saya) akan ke Balai bahagian Siasatan Jenayah Komersial untuk diambil keterangan atas kebaikan yang telah ambe hulurkan.. doakan ya.
“Nasihat ambe.. selepas ini jika nak bantu orang, buatlah dengan lebih proper dari sudut dokumentasi dan sebagainya kerana walaupun benda tersebut telah selesai, namun akan ada syaitan yang akan tidak berpuas hati.
“Bahkan lebih tepat lagi tidak bersyukur dan reti berterima kasih!! Dengan seronok mengaitkan orang yang telah membantu mereka,” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebab dipanggil memberi keterangan serta berkaitan kes apa. – Malaysiapost