Agong berbuka bersama warga UMP

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berbuka puasa bersama warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang, Kuantan, hari ini.

Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, yang mengiringi keberangkatan Baginda berdua turut berkongsi mengenai majlis berkenaan di laman Facebook.

“Sesungguhnya keberangkatan Seri Paduka Baginda Tuanku ini menceriakan warga UMP yang sudah pasti mahu bertemu dengan baginda Tuanku yang semua sedia maklum yang baginda Tuanku sangat dekat dengan rakyat jelata.

“Patik dan juga rakyat jelata sekalian mendoakan semoga Tuanku sentiasa dalam rahmat serta pemeliharaan Allah SWT. Daulat Tuanku,” katanya.

Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada 60 pelajar universiti tersebut. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights