Anwar umum dana RM5.4 juta bantu bina Masjid Mengkuang Titi

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM5.4 juta bagi melengkapkan dana pembinaan Masjid Mengkuang Titi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, yang dijangka bermula tahun hadapan membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM9 juta.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid berkenaan, hari ini.

Kerajaan Persekutuan mengumumkan peruntukan RM5.4 juta bagi membina masjid Mengkuang Titi.

Menurutnya, pembinaan masjid itu amat penting bukan sahaja sebagai tempat beribadat di kawasan sekitar Mengkuang Titi namun, amatlah besar harapan jika ia dibudayakan menjadi pusat tumpuan pendidikan, ekonomi, sosial dan muamalah umat Islam.

“Bersempena hari Jumaat barakah di bulan Ramadan penuh keberkatan ini, saya mewakili Kerajaan Persekutuan mengumumkan peruntukan RM5.4 juta bagi membina masjid Mengkuang Titi.

“Manakala, peruntukan RM1.1 juta turut disumbangkan oleh Kerajaan Negeri dan RM2.5 juta adalah hasil daripada sumbangan orang ramai,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan yakin dengan adanya Masjid Mengkuang Titi kelak dengan kos RM9 juta, ia bakal diimarahkan oleh penduduk setempat dan kawasan-kawasan berhampiran yang lain.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) selaku penganjur majlis.

“Jutaan terima kasih juga kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, dan barisan Exco yang memberi sokongan padu dalam memartabatkan syiar Islam di negeri ini,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights