Jamal tidak kisah berjaga malam demi Rahil Laura Salsabila

Jamal tidak kisah berjaga malam demi Rahil Laura Salsabila

PENYANYI, Datuk Jamal Abdillah selamat menimang cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, semalam.

Jamal berkata, bayi perempuan yang juga anak keempatnya bersama Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, dilahirkan dengan berat 2.94 kilogram menerusi pembedahan mengikut nasihat doktor.

“Alhamdulillah, isteri selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat dan cukup sifatnya pada bulan Ramadan yang mulia ini.

“Isteri dan bayi perempuan kami juga berada dalam keadaan sihat dan baik-baik saja,” katanya.

Menurut Jamal, kehadiran bayi keempat yang dinamakan Rahil Laura Salsabila Yamani itu sudah melengkapkan kebahagiaan rumah tangganya bersama Zai Izzati dengan memiliki dua pasang anak lelaki dan perempuan.

“Sambutan Aidilfitri kami pada tahun ini juga lebih meriah dengan kehadiran anggota baharu dalam keluarga kami.

Sementara itu, Jamal berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk berjaga malam kerana hampir enam tahun berhadapan situasi tersebut.

Katanya, dia sudah terbiasa dan mempunyai pengalaman dengan tiga anak lain, serta bersedia menempuh cabaran tersebut walaupun kini sudah berusia 63 tahun.

“Kalau mak dia tidur, saya akan bangun jaga anak. Saya sudah biasa dengan Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani, setahun,” katanya.

Menerusi perkahwinan terdahulunya, Jamal memiliki dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17. – Malaysiapost

Komen