Terkejut kos baiki brek kereta cecah RM4,700 

HANYA mengalami kerosakan brek, seorang wanita tidak menyangka terpaksa melunaskan pembayaran membaiki keretanya sebanyak RM4,700 di sebuah bengkel. 

Menerusi perkongsian di Facebook, wanita yang dikenali sebagai Fatin Farah terkejut apabila perlu membayar bil sebanyak itu selepas menghantar keretanya yang mengalami masalah brek di sebuah bengkel.

Dalam hantaran itu, Fatin Farah bertanya kepada kepada orang ramai jika jumlah tersebut adalah munasabah dengan nilai kerosakan yang dibaiki. 

Dia turut memuat naik gambar bil kos membaiki keretanya itu dan tidak menyatakan nama dan alamat bengkel terbabit. 

“Saya ada hantar kereta dekat bengkel, tujuan saya hantar tu sebab brek tak makan saja. Lepas tu dia buka kata macam-macam rosak. Jumlah semua dalam RM4,700,” katanya. 

Fatin Farah turut melahirkan kebimbangan adakah dia telah ditipu pemilik bengkel berkenaan apatah lagi dia seorang perempuan yang sememangnya naif mengenai selok belok kenderaan. 

“Maklumlah perempuankan yang hantar kereta dekat bengkel. Orang perempuan kan tak tahu sangat perkara ini,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan harga yang perlu dibayar Fatin.

“Memang kena sembelih betul-betul dah sis ni. 

“Tak berkat pomen tu, redha saja. Memang penyangak betul,” komen netizen. 

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen yang setuju dengan harga tersebut.

“Minta maaf ya dik, awak cerita betul-betul. Gaya resit ni kereta tu dah macam kena banjir atau dah lama tak pakai,” ujar netizen. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights