INDEKS Pencemaran Udara (IPU) di Cheras, Kuala Lumpur; Segamat, Johor dan Kota Bharu, Kelantan, kekal merekodkan bacaan tidak sihat setakat jam 12 tengah hari tadi.
Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Segamat mencatatkan bacaan 152, manakala Kota Bharu 108 dan Cheras 107.
Bacaan IPU di kedua-dua kawasan itu meningkat daripada angka 112 (Segamat) dan 108 (Kota Bharu) berbanding yang dicatatkan pada jam 8 pagi tadi.
Untuk rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya. – Malaysiapost