Rakyat Malaysia di Sudan selamat
SEMUA 29 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan di Sudan disahkan berada dalam keadaan selamat.
Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri, Kedutaan Malaysia di Khartoum, Sudan mengesahkan beberapa kawasan tertentu di bandar raya itu telah dilanda kekacauan berikutan pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) yang mula tercetus semalam.
Kementerian Luar memaklumkan pihaknya memantau rapat perkembangan di Khartoum yang kini dilanda pergolakan politik sehingga menggugat keselamatan di negara itu.
“Kebanyakan rakyat Malaysia ialah pelajar disahkan selamat. Kedutaan sedang berhubung rapat dengan mereka dan menyediakan bantuan yang diperlukan,” kata kenyataan itu.
Justeru, Kementerian Luar Negeri menasihatkan semua rakyat Malaysia yang bercadang ke Sudan untuk menangguhkan perjalanan sehingga keadaan stabil.
Kedutaan Malaysia yang kini beroperasi sementara dari kediaman Duta Malaysia ke Sudan boleh dihubungi di talian: +249 90 075 3633, +249 18 328 6379 atau e-mel: mwkhartoum@kln.gov.my.
Bilik Gerakan Wisma Putra juga boleh dihubungi di talian: +603-8887 4570, +603-8887 4770 dan +603-8887 4445. – Malaysiapost