TUN Dr Mahathir Mohamad mendakwa sesiapa sahaja mahu menjadi Perdana Menteri pada masa ini kerana cukup berkuasa ‘umpama raja’.
Menerusi hantaran di Facebooknya bertajuk ‘AKU PERDANA MENTERI’, Dr Mahathir berkata dulj cuma raja yang berkuasa.
Kata bekas Perdana Menteri itu, ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin terdahulu setuju mengadakan Raja Berperlembagaan dan Dewan Parlimen berkuasa.
“Tetapi bagaimana. Tak akan semua ahli dewan berkuasa. (Maka) Kita tentukan wakil rakyat yang mendapat sokongan ramai menjadi Perdana Menteri dan berkuasa.
“Wah, jadi Perdana Menteri macam jadi raja. Ada aturan peraturan tetapi siapa nak tegur. Buat sahajalah, mereka yang tegur rasa padahnya.
“Hey! Dalam sistem demokrasi siapa pun boleh jadi Perdana Menteri. Asal dapat sokongan majoriti. Tak susah. Tumbuk rusuk – bagi duit. Tak cukup duit, curilah. Tak bagi duit, bagi jawatan. Apa susahnya,” tulisnya.
Tambah Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu, pada zaman ini sesiapa yang tidak tahu jadi Perdana Menteri tidak mengapa kerana ia tidak penting.
“Yang penting aku jadi Perdana Menteri. Ramai aku-aku nak jadi Perdana Menteri. Tubuh parti, tubuh parti.
“Nah. Ramai boleh jadi Perdana Menteri. Apa jadi pada negara. Pedulikan. Aku jadi Perdana Menteri. Aku jadi Perdana Menteri,” katanya lagi. – Malaysiapost