Seorang banduan warga emas, Jamil Wahab, 63, dibebaskan hari ini setelah 40 tahun menghabiskan hayat di sebalik tirai besi di Penjara Taiping.
Ia pastinya berita gembira buat Jamil terutama ketika beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut Aidilfitri, lapor Bernama.
Dia dibebaskan setelah mendapat pengampunan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar pada 22 Mac lalu.
Tempoh itu menjadikan Jamil yang mesra disapa Pak Jamil Hayat sebagai banduan paling lama di negara ini menerima hukuman.
Dia dilaporkan dipulangkan kembali ke kampung halamannya di Kampung Guang, Keliwang, Sembawa di Indonesia, awal pagi tadi. – Malaysiapost
Foto Kredit: Zulfadhli Zulkarnain (Bernama)