Kerajaan beri satu hari kelepasan am tambahan

Kerajaan beri satu hari kelepasan am tambahan

KERAJAAN bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat untuk membuat perancangan sewajarnya sempena Aidilfitri dan pulang ke kampung halaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia memandangkan pengumuman rasmi berhubung tarikh 1 Syawal 1444H untuk sambutan Hari Raya akan dibuat pada Khamis ini oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

“Sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, maka kerajaan menetapkan hari Isnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini. – Malaysiapost

Komen