Trafik di Karak kini lancar

KESESAKAN teruk sejauh 11 kilometer (km) dari KM20.1 hingga KM30.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah Timur, berhampiran Bentong sejak awal pagi tadi kini sudah pulih sepenuhnya.

Berdasarkan kemaskini terbaru mengenai keadaan trafik di lebuh raya berkenaan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di laman Facebook rasminya, kedua-dua arah laluan berkenaan kini adalah lancar.

“2.20 petang [email protected]: Trafik telah bergerak lancar dikedua-dua arah,” menurut hantaran itu.

Terdahulu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), memaklumkan berlaku kesesakan di laluan berkenaan yang disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan jalan di laluan terbabit.

Menurutnya, JSPT Bukit Aman yang menerima maklumat kesesakan luar biasa di lokasi tersebut pada awal pagi, telah mengatur Peronda Lebuhraya KL-Karak menempatkan anggota trafik untuk membuat penyuraian kesesakan jalan raya.

“Walaupun sukar kerana jalan masih dalam penyelenggaraan. Kini aliran trafik telah kembali normal dan lancar.

“JSPT akan terus memantau situasi sepanjang OP Selamat 20 ketika orang ramai dalam pergerakan balik ke kampung,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights