Puteri Sarah jemput Syamsul beraya rumah Yusof Haslam
MESKIPUN kini dalam proses menuntut cerai, pelakon Puteri Sarah tidak menghalang suaminya, Syamsul Yusof berjumpa dua anak mereka semasa Adilifitri yang akan disambut pada Jumaat atau Sabtu ini.
Bagi Sarah, dia terbuka menerima kehadiran Syamsul untuk menyambut lebaran bersama Syaikhul dan Sumayyah.
Dia juga mengalukan-alukan kehadiran Syamsul ke rumah mentuanya iaitu ibu bapa Syamsul sendiri, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.
“Raya saya dan anak-anak tahun ini seperti biasa, Insya-Allah. Kalau dia nak datang beraya dan berjumpa Syaikhul dan Sumayyah saya tak kisah. Silalah datang ke rumah Taman Melawati, rumah Datuk Yusof Haslam.
“Saya akan beraya di rumah mentua dan kami akan pergi holiday sekali bersama-sama,” katanya selepas prosiding perbincangan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan semalam.
Dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah semalam, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah berkata, usaha menyelesaikan masalah rumah tangga pasangan itu secara baik tidak berjaya.
Menurut peguam syarie itu, plaintif dan defendan telah berbincang mengenai terma-terma perceraian namun mereka tidak mencapai persetujuan.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4. – Malaysiapost