29 lokasi lihat anak bulan petang ini

SEBANYAK 29 lokasi di seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Syawal petang ini bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijrah.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kemudian akan mengisytiharkan pada malam ini juga tarikh Hari Raya Puasa melalui radio dan televisyen.

Sebelum ini Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, memaklumkan Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Sebelum ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta pelbagai pihak lain termasuk Raja Melayu meminta umat Islam tidak membuat sebarang spekulasi berhubung tarikh 1 Syawal.

Ia berikutan terdapat laporan yang mendakwa tarikh 1 Syawal  tahun ini jatuh pada Jumaat 21 Mei.

Terdapat juga laporan menyatakan anak bulan kemungkinan tidak kelihatan, sekali gus 1 Syawal bakal diraikan pada Sabtu, 22 Mei. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights