PELAKON dan pengacara, Zulin Aziz, yang sebelum ini memberi bayangan rumah tangganya bermasalah, kini mengesahkan hubungannya dengan suami, Farhan Norzaini kembali pulih.
Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, mahu mencuba menyelamatkan perkahwinan dan menganggap apa yang berlaku adalah ujian buat mereka.
“Berkat doa semua, kita cuba lagi. Kita boleh jadi lebih baik dari sebelum ini. Kita bagi peluang dan ruang.
“Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Terima kasih mendoakan kami, ujian ini sangat berat tapi hikmah dia sangat indah. Alhamdulillah,” katanya.
Zulin berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya, hari ini.
Dalam pada itu, Zulin memaklumkan ada hikmah yang berlaku di sebalik hantarannya sebelum ini.
“Ada sebab kenapa hantaran itu dibuat. Ada sesuatu yang berlaku, yang mana tahu je tahu.
“Alhamdulillah asbab dan hikmah di sebalik itu,” tulisnya.
Terdahulu, Zulin memberi bayangan rumah tangganya dengan Farhan yang berusia 14 bulan seperti tidak dapat dipertahankan lagi.
Lebih menimbulkan tanda tanya pengikut, luahan itu diiringi foto majlis pernikahan Zulin dan Farhana pada 20 Februari tahun lalu.
Pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata. – Malaysiapost