RIBUT petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di 10 negeri, termasuk Sabah dan Sarawak sehingga jam 6 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, ramalan cuaca itu membabitkan Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); Pahang (Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera) dan Perak.
Katanya, cuaca sama turut diramal di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang); Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Jempol dan Tampin); Melaka (Jasin) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).
“Turut berdepan cuaca sama ialah Sarawak (Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Subis dan Marudi) dan Limbang.
“Di Sabah pula membabitkan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) dan Tawau (Lahad Datu),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost