PAS seru perantau Kelantan pulang mengundi, pertahan PN

PAS seru perantau Kelantan pulang mengundi, pertahan PN

KERAJAAN Kelantan menyeru semua perantau negeri itu pulang mengundi bagi mempertahankan kemenangan PAS dan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob berkata, sokongan padu perantau diperlukan bagi memastikan kejayaan kerajaan negeri yang dibentuk selepas PRN.

Menurutnya, perkara berkenaan sudah diterjemahkan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan kemenangan parti itu.

“Kita mahu terus menjadikan Islam sebagai asas pentadbiran di bumi serambi Mekah ini. Perjuangan ini mungkin akan mengambil masa panjang antara 10 hingga 30 tahun lagi kerana banyak cabaran yang perlu dihadapi.

“Kita mahu sokongan padu semua rakyat Kelantan pada PRN nanti supaya program yang dirancang berjalan dengan lebih baik,” katanya lapor Sinar Harian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pekan itu turut meluahkan rasa syukur kerana rakyat Kelantan sentiasa menunjukkan kecintaan terhadap negeri itu walaupun di mana mereka berada.

“Anak Kelantan sudah pasti pulang ke negeri ini setiap kali sambutan hari raya mahu pun musim cuti,” katanya. – Malaysiapost

Komen