Trafik mula sesak, tinggi

ALIRAN trafik di beberapa lokasi di Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dilaporkan mulai sesak pada petang ini susulan berakhirnya cuti sempena Hari Raya Aidilfitri dan hari terakhir tol Rahmah (percuma) hari ini.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik tinggi dan perlahan dilaporkan di arah utara iaitu Kulai ke Hentian Kulai; Sedenak ke Ayer Hitam; Bukit Gambir ke Tangkak; Ayer Keroh ke Simpang Ampat; Hentian Pedas Linggi Pedas Linggi; R&R Senawang ke Persimpangan Port Dickson; dan Bandar Ainsdale ke R&R Seremban.

Turut dilaporkan sesak di arah selatan membabitkan Persimpangan Port Dickson ke R&R Senawang; R&R Ayer Keroh ke Ayer Keroh; Hentian Yong Peng ke Yong Peng (S); Ayer Hitam ke Simpang Renggam; dan Sedenak ke Kulai.

Trafik juga dilaporkan tinggi dan perlahan dari arah utara membabitkan kawasan Sg. Buaya ke Bukit Tagar; Slim River ke Sungkai; R&R Tapah ke Tapah; Tapah ke Gopeng; Ipoh (U) ke R&R Sg. Perak; Kuala Kangsar ke Bukit Berapit; R&R Gunung Semanggol ke Jawi; dan Sg.Dua ke Bertam.

Manakala arah selatan kesesakan dilaporkan di Kepala Batas ke Hutan Kampung; Alor Setar (U) ke Alor Setar (S); Pendang ke Gurun; Sg.Petani (U) ke Sg. Petani (S); Hentian Rehat Tikam Batu ke Bertam; Juru ke Bandar Cassia; Sg, Bakap ke Jawi; Bandar Baharu ke Hentian Alor Pongsu; Alor Pongsu ke Semanggol; dan R&R Bukit Gantang ke Sg. Perak.

Selain itu kesesakan juga dilaporkan di laluan Tambun ke Ipoh (S); Simpang Pulai ke Tapah; R&R Tapah ke Bidor; Hentian Ladang Bikam ke Sungkai; dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar.

Kesesakan di KLK pula dilaporkan di arah barat/KL membabitkan kawasan sebelum Hentian Gombak ke Plaza Tol Gombak; dan sebelum terowong Genting Sempah ke KM 31 Kg. Sg. Dua ke Plaza Tol Bentong terus ke Lentang. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights