1,551 kemalangan direkodkan pada 3 Syawal

HARI kelima Op Selamat 20 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri, semalam mencatatkan sebanyak 1,551 kemalangan di seluruh negara.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan, jumlah itu membabitkan 2,327 kenderaan pelbagai jenis.

“Berdasarkan statistik jumlah mengikut kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya menunjukkan kereta merekodkan angka tertinggi kemalangan iaitu sebanyak 1,790 kes.

“Motosikal (315), kenderaan pacuan empat roda (103), kenderaan pelbagai guna (63), van (43), lori (lapan), bas (tiga) dan dua kes kemalangan melibatkan teksi,” menurut JSPT dalam hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini.

JSPT turut menasihatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa peka semasa pemanduan bagi mengelak risiko terlibat dalam kemalangan.

Pada 15 April lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani berkata, Op Selamat 20 Aidilfitri diadakan bermula 20 hingga 27 April bertemakan ‘Rumah Selamat, Sampai Ke Destinasi’.

Fokus utama operasi itu adalah untuk memastikan aliran trafik lancar, meminimumkan kes kemalangan jalan raya, keterjaminan keselamatan harta benda dan premis kediaman serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights