Daftar sekolah Tahun Satu 2024/2025 mulai 2 Mei hingga 30 Jun

PENDAFTARAN kemasukan kanak-kanak Tahun Satu bagi kalendar akademik sesi 2024/2025 bermula 2 Mei hingga 30 Jun ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan pendaftaran secara dalam talian itu boleh dibuat melalui Modul Pengurusan Awam Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di laman sesawang https://idme.moe.gov.my.

Menurut hantaran itu, kanak-kanak yang layak memohon adalah warga Malaysia yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.

Langkah-langkah pendaftaran turut dikongsikan dalam hantaran itu.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, memberi jaminan permulaan takwim sesi persekolahan sedang menuju kembali kepada Januari.

Permulaan takwim itu diubah daripada Januari kepada Mac sejak 2022.

Ia susulan sesi persekolahan 2021 dilanjutkan hingga Februari tahun berikutnya ketika sesi persekolahan terkesan akibat pandemik Covid-19 melanda negara. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights